Isnin, 8 Oktober 2012


BIO SUNNAH CYPRESS: Testimonial Pelanggan


Testimonial Pelanggan

Apa Kata Mereka Tentang Air Tenaga Bio Sunah Cypress

Kesihatan En.Saleh kini beransur pulih




Pesakit : En.Mat SalehHashim
Umur : 47 Tahun
Pahang



Beliau telah menghidapi strokselama hampir   8 tahun. Selepasmengambil Air Tenaga Bio SunahCypress sebanyak 4 botol,kesannya beliau tidak boleh tidur malam. Botol yang ke 6 telah ada perubahan pada mulut, air kencing pekat kuning  dan berbuih. Tindak balas yang positif dari pengambilan yang berterusan air tenaga Bio Sunah Cypress kini beliau sudah bolehbercakap dan boleh di fahami.





Puan Hawa menceritakan kisah penyakit yang di hadapinya



Pesakit : Puan HawaOmar
Umur : 57 Tahun
Pahang

Menghidap darah tinggi dah 7tahunStrok  yang kritikal selama 2tahunSelepas minum air Bio Sunah Cypress .Sekarang kesihatan beliau semakin baik dan kini beliau mampu berjalan, bercakap serta mulut kembali normal dan insyaalah  pada tahun hadapan akan menunaikanumrah .



Terima Kasih Air Bio Sunah Cypress

Pesakit : En.Amran
Umur : 44 Tahun
Pahang










Masaalah gaot . Selepas minum air BioSunah Cypress, belum habis satukotak kini masaalah yang di hidapnya sudah beransur pulihbadanringan dan mampu bermain sukan kegemarannya iaitu bola sepak,makan sudah tidak berpantang lagi,sambung beliau yang kelihatan gembira dengan tahap kesihatannya.  

KELEBIHAN AIR BIO SUNNAH CYPRESS


KELEBIHAN AIR BIO SUNNAH CYPRESS

MAMPU MERAWAT PENYAKIT;

PEMULIHAN PENYAKIT TIROID (1 botol 1.25 liter sehari).


Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Ianya berbentuk seperti rama-rama. Fungsinya ialah untuk mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolise (pengeluaran tenaga) manusia.

Apabila Tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, Ia boleh memberi kesan terhadap setiap aspek kesihatan- terutamanya terhadap berat, kemurungan dan tahap tenaga.

Antara tanda-tanda orang yang menghidapi penyakit Tiroid:
- Kesukaran untuk menurunkan berat badan. Walau melakukan berbagai jenis senaman.
- Penambahan berat badan. Walaupun anda melakukan senaman dan berdiet.
- Kemurungan atau kegelisahan.
- Cepat berasa letih.
- Faktor Genetik.
- Masalah haid yang banyak dan kerap sakit ketika period.
- Masalah sembelit yang teruk.
- Masalah rambut menjadi kasar dan kering serta mudah putus.
- Manakala kulit menjadi kasar dan berkuping.
- Sakit otot dan sendi.
- Masalah capal dan tendonitis.




MAMPU MERAWAT PENYAKIT;

MEMBANTU MEMULIHKAN PENYAKIT KULIT (1 botol 1.25 liter sehari dan disapukan pada kulit bermasalah sebelum tidur waktu malam).
Di antara penyakit-penyakit kulit ialah Bunga Badan; PSORIASIS, Folikutis, Ekzema, Kudis Buta, dan Jerawat.

Bunga Badan @ Psoriasis

Psoriasis adalah suatu kondisi kulit yang umum yang terjadi ketika sel-sel kulit menggantikan dirinya terlalu cepat. Ada berbagai jenis, tetapi yang paling umum adalah psoriasis plak yang kronis.

Folikutis

Folikutis disebabkan oleh serangan bakteria pada folikel rambut sehingga pustul terbentuk. Penyakit ini biasanya berlaku pada lelaki terutama di bahagian kulit berjanggut atau folikel berjanggut. Gejala penyakit ini biasanya terhad kepada rasa gatal dan pedih. Penghidap akan berasa pedih apabila rambut atau janggut dicabut.

Ekzema

Ekzema atau dermatitis atopik ialah satu penyakit yang disebabkan oleh sentuhan atau alergi. Ia terjadi kepada orang yang mewarisi kulit yang terlalu peka terhadap keadaan seperti sejuk, panas dan lembap. Tekanan emosi, mandi yang berlebihan dan penggunaan sabun yang kuat juga boleh menggalakkan ekzema. Bagi ekzema yang serius, kulit menjadi kemerah-merahan dan membengkak. Oleh kerana kulit terasa gatal, maka pesakit akan menggaru kulit sehingga terdapat tanda cakaran.

Kudis Buta

Sejenis penyakit kulit berjangkit yang disebabkan oleh tungau. Tungau betina menembusi permukaan bawah kulit dan bertelur di dalamnya. Tungau suka kepada bahagian kulit yang lembut seperti selaput antara jari tangan, permukaan sebelah dalam lengan atas, peha, kaki, ketiak, buah dada, punggung dan pusat. Pesakit itu akan merasa sangat gatal dan kulit akan terluka akibat digaru.

Jerawat

Terdapat banyak jenis jerawat seperti jerawat roscea dan jerawat vulgaris yang bukan sahaja melibatkan muka, malah turut melibatkan bahagian leher, bahu, dada dan bahagian belakang atas badan.Pada peringkat remaja, kelenjar sebum kulit sangat aktif dalam menghasilkan sebum atau minyak akibat daripada ketidakseimbangan hormon. Pembentukan jerawat bermula dari bukaan kelenjar sebum tersekat. Akhirnya, ia akan pecah dan mengeluarkan nanah. Keadaan ini dipanggil pustul.






MAMPU MERAWAT PENYAKIT;

MEMBANTU MENGHANCURKAN BATU KARANG DALAM HEMPEDU (minum sekurang-kurangnya 2 botol 1.25 liter sehari selama 5 hari).
Hati menghasilkan hempedu – sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain. Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa. Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.

Cholelithiasis atau batu karang dalam pundi hempedu semakin menular dikalangan kita kerana pemakanan yang tidak seimbang. Faktor diabe
tes, masalah thyroid(hypothyroidism) dan jangkitan parasit juga menjadi penyebab penyakit ini.

Jenis-jenis batu karang hempedu:

1. Batu karang hempedu berkolesterol.

Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.

2. Batu karang hempedu berpigmen.

Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.

3. Batu karang hempedu duktus primer.

Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.



MAMPU MERAWAT PENYAKIT;
MEMBANTU MEMBERSIH BUAH PINGGANG & BATU KARANG DI DALAM BUAH PINGGANG (1.25 liter sehari selama 6 hari).
Gejala Batu Karang yang berlaku di kalangan wanita kemungkinan tidak akan menunjukkan sebarang tanda-tanda walaupun terdapat batu-batu di sepanjang saluran sehingga menimbulkan kesakitan dan beberapa gejala lain. Terdapat pelbagai jenis batu karang, dan ianya boleh didapati dalam pelbagai saiz yang terdiri daripada mikroskopik sehingga saiz yang cukup besar untuk menyekat saluran kencing anda. Batu karang pada lelaki mungkin mempunyai beberapa gejala yang sama, dan beberapa rawatan di rumah boleh digunakan untuk membantu melegakan kesakitan dan mengeluarkan batu itu. Salah satu tanda yang paling kerap ialah rasa kesakitan, dan ini boleh berlaku di belakang, sisi, kemaluan, atau bahagian
  sulit.

Beberapa tanda lain batu karang pada wanita ialah terdapatnya darah di dalam urin, kerap membuang air kecil, rasa sakit ketika membuang air kecil, ketidakupayaan untuk membuang air kecil disebabkan adanya batu yang menyekat saluran kencing, dan berpeluh secara berlebihan. Sakit batu karang boleh menjadi lebih teruk dan rasa sakitnya seperti batu sedang bergerak melalui saluran kencing. Tanda-tanda batu karang di kalangan wanita juga boleh termasuk hilang selera makan, rasa letih, demam, mual, muntah-muntah, dan juga sembelit atau cirit-birit. Komplikasi batu karang yang kerap berlaku adalah jangkitan saluran kencing













MAMPU MERAWAT PENYAKIT;

PENYAKIT KENCING MANIS (3 botol 1.25 liter – 1 botol sehari)
Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 SM. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis berlainan semenjak abad ke lima lagi.

Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing.

Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut.
















MAMPU MERAWAT PENYAKIT;

MENURUNKAN KADAR DARAH TINGGI DENGAN SEGERA
(Pengidap darah tinggi hendaklah mengamalkan meminum air BioCypress 1 gelas sebelum makan pagi, tengahari dan malam.

Tekanan darah adalah ukuran tenaga darah terpakai kepada dinding arteri kerana ia mengalir melalui mereka. Ia adalah normal bagi tekanan darah tinggi apabila anda berasa tertekan atau bimbang. Tetapi jika tekanan darah anda sentiasa tinggi daripada tahap yang sihat semasa mereka berehat, ini adalah tekanan darah tinggi (hipertensi).

Tanda-tanda tekanan darah tinggi

Kebanyakan orang yang mengalami tekanan darah tinggi tidak mempunyai sebarang tanda. Jika anda mempunyai tekanan darah yang sangat tinggi, atau tekanan darah anda meningkat dengan cepat, anda mungkin mempunyai sakit kepala, masalah dengan penglihatan, sawan atau pitam.

Komplikasi tekanan darah tinggi

Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, anda mempunyai peningkatan risiko penyakit utama termasuk:
1. Penyakit jantung, seperti angina (sakit dada disebabkan pengaliran darah berkurangan)
2. strok
3. Serangan jantung kegagalan jantung atau fibrilasi atrium (denyutan jantung tidak teratur)
4. Kerosakan buah pinggang
5. Rosak penglihatan






GARAM KRISTAL (HUNZA)


GARAM KRISTAL (HUNZA)

Bio-Sunah juga menjalinkan kerjasama dalam penyelidikan teras berkaitan mineral garam kristal. Memandangkan mineral garam kristal adalah merupakan mineral garam yang paling sempurna struktur geometrinya serta kandung
an bahan yang meliputi antara 84 – 96 mineral untuk kegunaan tubuh, maka kami di Bio-Sunah merasa berbangga dengan hasil kerjasama dengan para penyelidik berkaitan garam ini.

Dari Abdullah Bin Umar
" Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam"
Mineral garam kristal yang paling baik berasal dari sumber alam semulajadi iaitu dari pergunungan Himalaya di sebuah kawasan bernama Karakoram di timur negara Pakistan . Garam ini digali sejauh 2000 kaki ke dalam tanah di celah-celah pergunungan sehingga menemukan mineral garam kristal yang tidak tercemar.

Garam ini 100% Asli yang mengandungi 84 “ natural” elemen yang diperlukan oleh tubuh badan manusia: antaranya:

hydrogen,lithium,berylium,boron,carbon,nitrogen,oxygen,fluoride,sodium,magnesium,,aluminium,silicum,phosphorus,sulfur,chloride,calcium,scandium,titanium, vanadium,chromium,manganese,iron,cobalt,nickel,copper,,zinc,gallium, germanium,arsenic,selenium,bromine,rubidium,strontium,yttrium,zirconium, niobium, molybdenum,ruthenium,rhodium,palladium,silver,cadmium,indium,
Tin, antimony, tellurium, iodine,cesium, barium, lanthanum,cerium,praseodyium, samarium,europium,gadolinum, terbium,dysprosium,holmium, erbium,thulium, ytterbium,lutetium,hafnium,tantalum,fungsten,rhenium. Osmium,iridium, platinum,gold mercury, thalium,lead, bismuth,polonium,astatine,francium, radium,actinium,thorium,protactinium,uranium,neptunium and plutonium.

Nota:

Maklumat di bawah adalah dari Natural Resources, Inc., pengarang buku, "Water & Salt, The Essence of Life" oleh Dr. Barbara Hendel, MD and Biophysicist, Peter Ferreira.

Cahaya matahari telah mengeringkan laut dahulukala yang wujud sejak berjuta-juta tahun dahulu sehingga garam bukit terjadi. Garam bukit ini kelihatan jernih dan semulajadi . Ia terbentuk akibat berlaku tekanan. Semakin tinggi tekanan semakin sempurnalah bentuk dan strukturnya . Mengikut maklumat yang diperolehi garam bukit ini adalah satu-satunya berstruktur geometrik pernah ditemui . Antara warna yang biasa didapati adalah putih, pink , oren kemerah-merahan . Lagi banyak kesempurnaan geometri garam makin tinggi nilainya. Samalah seperti berlian .

Dari kaca mata sains , garam mempunyai nilai yang unik . Berbanding struktur kristal yang lain , struktur atom garam bukan berbentuk molekul tetapi berbentuk caj elektrik. Fakta ini membuktikan garam mampu berubah bentuk . Semasa kristal Kuarza direndam ke dalam air ia langsung tidak bertukar menjadi molekul walaupun ia berstruktur kristal .Sungguh pun kristal boleh membekalkan tenaga, corak frekuensi tenaga bergantung kepada corak air , yang dengan mudahnya terlarut . Kristal Kuarza berkeadaan kekal . Ia terlalu kaku untuk larut atau dikaitkan dengan polaritinya .

POKOK PINE CYPRESS


POKOK PINE CYPRESS










APAKAH POKOK PINE CYPRESS

Pokok Cypress ialah sejenis pokok yang besar, tinggi, batang yang berjalur, lurus, mempunyai daun yang sangat halus dan berbuah ia termasuk dalam keluarga pine. Kebanyakan pokok Cypress boleh mencapai ketinggian d
i antara 120 kaki hingga 450 kaki dan mempunyai batang yang sangat besar keras, kukuh, kuat, tahan lasak dan bersifat kalis air ( waterproof ) seumpama balak. Kulit pokok Cypress berjalur-jalur memanjang ke atas dan sangat tebal. Ia boleh ditemui di kawasan banjaran atau kawasan yang berpaya dan beriklim sejuk. Batang dan dahan pokok Cypress inilah yang digunakan oleh Nabi Nuh a.s. untuk membina bahtera. Ciri-ciri lain Cypress ialah mengeluarkan buah yang kecil sebesar penumbuk. Orang Melayu panggil Nanas Batu. Buah ini digunakan untuk tujuan perubatan. Ini kerana buah Cypress akan mengembang atau membesar apabila direndam atau direbus kemudian di minum, sesuai untuk wanita yang hendak bersalin.

Apabila dilihat dari sudut fakta, pokok Cypress sudah terbukti melalui penyelidikan ahli-ahli sains dengan melihat kepada kaedah Topografi mengenai majoriti taburan pokok Cypress yang hidup subur di sekitar kawasan banjaran tengah sempadan Russia sehingga kebanjaran Ararat (Armenia) Turki. Jenis-jenis pokok Cypress boleh dilihat dengan melihat jari-jari daun pokoknya yang halus dan mempunyai ukuran ketinggian yang lebih dan besar. Ia hanya boleh ditemui di negara-negara beriklim sejuk sederhana serta tumbuh di tanah tinggi. Pokok Cypress jenis Baristecole adalah daripada jenis pokok pine yang boleh bertahan lama dan mempunyai sistem imuniti yang tinggi tetapi kadar getah(resin) yang rendah. Di Negara-negara seperti Mesir, Lubnan, Turki, Iraq dan Iran mempunyai Cypress yang sangat banyak.

Kegunaan Pine Cypress sangat banyak antara lain membuat pagar, rumah dan perahu sejak 3700 tahun dahulu semasa zaman Firaun di era pra logam. Cypress mempunyai 42 spesis di Amerika dan di seluruh benua yang beriklim sejuk. Cypress hidup di antara 70 hingga 200 tahun dengan ketinggian mencecah 90 hingga 400 kaki. Mengikut rekod dan kajian di Negara Mesir, besar lilitan Cypress pernah menjangkau 94 inci seperti yang pernah ditemui di Negara Turki. Jangka hayat Cypress selama 25 tahun pula boleh mencecah ketinggian 60 kaki hingga 120 kaki dengan lilitan 30inci hingga 38 inci yang mampu mengeluarkan Amber sebanyak 140 hingga 200 kilogram bagi setiap pokok. Ada juga yang menyebut Cypress tumbuh antara 70 hingga 250 tahun dengan ketinggian antara 100 kaki hingga 360 kaki dengan lilitan sehingga 94 inci.

Jangka hayat antara 25 tahun hingga 30 tahun pula boleh mencapai ketinggian di antara 50 kaki hingga 120 kaki dengan lilitan perpang antara 25 inci hingga 35 inci serta mampu mengeluarkan resin (Amber) antara 120 kilogram hingga 250 kilogram bagi setiap batang Pine Cypress. Sehingga kini Cypress banyak digunakan untuk membuat rumah, bangunan, pagar lading, lantai pakir, pintu, siling, meja, kerusi, piano dan sebagainya.Kajian mendapati harga sebatang pokok Pine Cypress mencecah harga sehingga puluhan ribu ringgit. Ia merupaka pokok kawalan dan boleh ditebang hanya tiga batang sahaja dalam masa setahun setelah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa.


AMBER POKOK PINE CYPRESS



Pohon dari spesies Pine Cypress miliki persamaan genetik 98 peratus papan dari bahtera Nabi Nuh, dikatakan mujarab lawan pelbagai penyakit 

MUNGKIN anda pernah mendengar orang memperkatakan mengenai keajaiban amalan pemakanan yang didakwa boleh memanjangkan usia seseorang melebihi purata hayat manusia.
Sejak berzaman lalu, sudah banyak teori dan kajian yang dilakukan saintis di seluruh dunia bagi mencari rahsia di sebalik usia panjang. Baik era mana sekalipun, hingga hari ini, saintis masih berdebat dalam mencari rahsia panjang umur.
Seorang saintis masyhur yang pernah memenangi Hadiah Nobel, Dr Henri Coanda dilaporkan mendakwa, ada lima lima tempat di dunia di mana penduduknya merekodkan purata umur terpanjang iaitu suku kaum di Peru; Ecuador; Georgia; Mongolia dan Lembah Hunza di Banjaran Karakoram, Pakistan. 

Di antara lima suku kaum ini, kaum Hunza berada di senarai teratas purata umur panjang iaitu antara 100 tahun hingga 140 tahun, hampir melebihi separuh purata umur manusia. 

Pasti ramai tertanya-tanya apakah keunikan Lembah Hunza sehingga penduduknya dikatakan boleh menikmati umur panjang dan sihat walaupun ia kawasan terpencil di dunia. 

Hakikatnya, berbalik kepada faktor geografi, kawasan pergunungan Lembah Hunza banyak dikelilingi pokok Pine Cypress. Namun, apakah hubung kait pokok ini usia panjang Kaum Hunza? Persoalan demi persoalan terus bermain sehinggalah ia berjaya dirungkai saintis dan ulama Islam selama lebih 50 tahun. 
Pokok Pine Cypress adalah spesies pokok di mana kayunya digunakan untuk membuat bahtera Nabi Nuh AS ketika banjir besar. Setiap apa yang diperturunkan dalam al-Quran dan Islam memiliki kelebihan tersendiri. 

Riwayat menyatakan benih pokok yang diturunkan Allah SAW untuk digunakan membina bahtera Nabi Nuh AS datang dari syurga. Namun, kajian moden membuktikan pokok Pine Cypress memiliki persamaan genetik sebanyak 98 peratus apabila dibandingkan dengan spesimen kayu dari tinggalan bahtera Nabi Nuh AS. 

Rahsia usia panjang kaum Hunza sebenarnya datang dari kawasan mereka sendiri. Kaum Hunza mendapat sumber air utama dari telaga dan mata air glasier. Akar dari pokok Pine Cypress dan getah menjalar masuk dan jatuh ke dalam sumber air mereka. Kadangkala ada daun dan buah pokok Pine Cypress jatuh dan menjadi sebati dalam sumber air utama Kaum Hunza. 

Sehubungan itu, rahsia dan mukjizat pokok Pine Cypress secara tidak langsung dikatakan memberi kelebihan kepada Kaum Hunza dalam memanjangkan usia mereka. 

Pokok Pine Cypress adalah sejenis pokok besar, tinggi, memiliki batang yang berjalur, lurus, berdaun halus dan termasuk dalam keluarga pokok Pine. 

Pokok ini boleh mencapai ketinggian antara 120 kaki sehingga 450 kaki dan mempunyai batang yang keras, tahan lasak dan bersifat kalis air. Pokok ini banyak tumbuh di kawasan banjaran gunung yang beriklim sejuk selain kawasan berpaya dan becak. 

Kajian yang dibuat sangat menakjubkan kerana hampir keseluruhan pokok ini boleh dimanfaatkan untuk tujuan kesihatan maksimum. Paling hebat adalah kajian terhadap getah pokok ini yang dikatakan sangat mujarab dalam merawat hampir semua penyakit atau masalah kesihatan. 

Pokok Pine Cypress dikatakan memiliki keupayaan luar biasa berikutan memiliki ciri-ciri anti virus, kuman dan depresif. Ia didakwa mampu melegakan kesihatan dan membantu sistem penghadaman dan perkumuhan supaya berfungsi dengan lebih baik. 

Pendek kata, jika penemuan menyeluruh terhadap pokok ini siap berada di tangan, hasilnya sangat menakjubkan. Ini kerana setiap inci pokok ini boleh digunakan dalam tujuan perubatan moden. 

Pengamal perubatan Islam dan pengkaji Pine Cypress, Dr Azhar Ali, berkata kajian menunjukkan pokok ini mempunyai bahan fitokimia yang sangat bernilai tinggi untuk kesihatan seperti monoterpenes dan phycenogenol. 

“Khasiat dalam tumbuhan ini merangkumi satu ruang lingkup yang sangat mengagumkan. Kebaikannya di dalam mencerna gelombang tenaga dan meningkatkan aktiviti antioksida dengan menghalang radikal bebas. 

“Ia turut menjana homeostasis (keadaan harmoni) dalam tubuh badan dan persekitaran, merangsang kepada penyembuhan dalaman, pembaikan dan penjanaan sel baru selain merangsang sistem imunisasi yang lebih baik,” katanya kepada Rona. 

Dr Azhar turut menerangkan jika difikir secara logik ketika peristiwa banjir besar Nabi Nuh, semua manusia termasuk haiwan berada dalam satu kapal yang sama dalam satu jangka masa panjang. 

Menurutnya, semuanya dilakukan dalam kapal termasuk makan, minum dan membuang najis. Apabila manusia bersama haiwan berhimpun, tentunya pelbagai bau akan timbul kerana masih tiada kemudahan asas seperti kapal pada zaman moden. 

“Ketika bencana, berkumpul beramai-ramai pasti akan timbul bau yang kurang menyenangkan selain senang dijangkiti kuman dan pelbagai jenis penyakit. 

“Tetapi disebabkan kehebatan kayu Pine Cypress yang digunakan sebagai kayu membina kapal, ia menyerap semuanya dan membunuh segala jenis kuman yang ada. Sebab itu mereka boleh tinggal dalam kapal tanpa sebarang masalah sehingga banjir surut,” katanya. 

Dr Azhar berkata, kehebatan dan khasiat pokok Pine Cypress sudah lama terbukti dan saintis Barat sudah menemui kehebatan penggunaan pokok ini beratus tahun sebelum saintis Islam. Namun, beliau mendakwa, atas beberapa faktor semuanya ‘disenyapkan’ begitu saja. 

Malah, beliau mendakwa, jika ada penemuan sekalipun, hanya sedikit yang dikongsikan bersama dunia. Selebihnya menjadi rahsia Barat sehinggalah saintis Islam kembali bangun dan memulakan kajian terhadap pokok ini. 

Dr Azhar berkata, pokok Pine Cypress walaupun diproses dan dijadikan tongkat atau tasbih, namun apabila diusap, kayunya masih mengeluarkan getah dan kelihatan i basah. Getah dari pokok inilah yang dikatakan mempunyai banyak kelebihan dalam perubatan. 

Beliau mendakwa, kajian yang dikendalikan dua saintis Barat iaitu Dr Henri Coanda dan Dr Patrick Flanagan juga tidak disampaikan secara menyeluruh dan telus. 

Masih banyak teka-teki yang terpaksa dirungkai sendiri oleh saintis Islam berdasarkan kajian asas saintis Barat. 

“Begitu juga dengan kajian terhadap kaum Hunza, mereka tidak mendedahkan Pine Cypress sebenarnya bergabung dengan garam mineral kristal yang mempunyai 84 mineral yang sangat diperlukan oleh sistem badan manusia,” katanya. 

Dr Azhar berkata, kaum Hunza mengamalkan diet dalam minuman dan perubatan mereka dengan menggabungkan penggunaan air telaga yang bercampur dengan Pine Cypress dan garam mineral kristal. 

“Ini menjadikan air bertenaga dan hidup yang diminum oleh Kaum Hunza,” katanya. 

Malah dalam kajiannya, Dr Coanda pernah menyatakan mineral dan garam adalah elemen penting yang ada di Lembah Hunza. 

“Bagaimanapun, saya percaya ini adalah kunci rahsia yang tidak pernah didedahkan olehnya kepada khalayak. 

“Saya tidak mahu menjawab kenapa mereka tidak mendedahkan punca keajaiban air minuman kaum Hunza, tetapi saya ingin menegaskan bahawa kedua-dua bahan ini adalah mukjizat dari Nabi. 

“Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dengan memakan secubit garam akan dapat menghindarkan 330 jenis penyakit. Islam sebenarnya sudah menemui teori perubatan yang hebat tetapi dimanipulasikan oleh Barat,” katanya. 

Air Bio Cypress bunuh sel kanser 

HASIL kajian bertahun lamanya, Dr Azhar Ali bersama pakar etnologi, Prof Dr Abdul Manan Embong menemui formula khas untuk mencipta sejenis air yang boleh dimanfaatkan semua. 

Air Bio Sunnah Cypress bukan saja mempunyai dua bahan mukjizat tetapi ditambah dengan mukjizat terhebat dalam dunia Islam iaitu air Zamzam, menjadikan ia antara air yang mempunyai banyak kelebihan selepas air Zamzam. 

“Air Bio Sunnah Cypress boleh membantu memulihkan pelbagai jenis permasalahan dalam perubatan. Ini kerana formula yang dicipta di dalam air ini sangat istimewa dan mempunyai kelebihan berbeza,” katanya. 

Hasil kajian Dr Azhar bukan sekadar terhadap air Bio Sunnah Cypress tetapi beliau banyak menggunakan pokok Pine Cypress dalam penghasilan produk perubatan olehnya. 

Beliau sedang menyelidik untuk menjadikan pokok Pine Cypress sebagai bahan utama dalam mengubati penyakit kanser dan bidang utama perubatan Islamnya juga menjurus kepada penyakit kanser. 

“Saya banyak mengubati pesakit kanser dengan menggunakan pokok ini terutamanya getahnya. Ini kerana terbukti ia boleh membunuh banyak sel kanser dan memulihkan pesakit kanser. 
“Kini saya dalam peringkat kajian bersama beberapa agensi untuk menggunakan Pine Cypress dalam mengubati ketagihan dadah dan sebagai vaksin mengubati pesakit AIDS dan HIV,” katanya.

  •  Rahsia Bio Cypress terletak pada mineral garam kristal dan ekstrak getah Pine Cypress. Garam dikatakan mempunyai kemujaraban yang unik dan suci sebagai pembersih yang meleraikan radiasi serta reaksi protein. 
  • Kerja-kerja enzim yang unik ini dapat merangsang kejadian sintesis protein yang lebih berkesan. Kombinasi garam kristal dan getah pine cypress akan meningkatkan tenaga molekul serta sel kerana ada unsur yang mengupayakan makromelikul protein yang kompleks iaitu asid deoksiribonukleik (DNA). 
  • DNA yang terletak di dalam nukleus sel ini mengandungi kod genetik yang membawa maklumat daripada semua organ serta tingkah laku diri. 
  • Ini membolehkan rangsangan yang betul dan sistematik dihantar kepada DNA supaya organ badan dapat berfungsi dengan baik. 
  • Kombinasi unik galian mineral ajaib dengan sejenis getah dari spesies pokok bahtera Nabi Allah Nuh AS menghasilkan minuman yang dikatakan dapat membantu menyelesaikan masalah kesihatan manusia.
  • ANTARA LAIN,,
Pokok Pine Cypress merupakan pokok dari spesies kayu bahtera Nabi Nuh a.s. Penyelidikan meliputi juga artifak Bahtera Nabi Allah Nuh a.s yang sekarang ini terdampar di Bukit Al Judi, di Banjaran Ararat, Turki.

Kajian yang telah dilakukan hampir keseluruhan bahagian pokok ini boleh dimanfaatkan untuk kesihatan yang maksima. Hasil kajian perubatan, penemuan amber pokok ini dapat menyelesaikan hampir keseluruhan masalah kesihatan yang dialami masyarakat moden kini.

Kewujudan amber pokok pine cypress pula sudah dikesan sejak 55 juta tahun dahulu lagi. Ini berdasarkan penemuan fosil Zaman Eocen atau di abad Oligencene yang merupakan tumbuhan pertama yang wujud dan tumbuh di muka bumi. Amber atau getah dari pokok pine cypress sangat wangi dan mengandungi khasiat yang sangat tinggi.

Amber adalah getah yang mengalir dari batang pokok yang kadang-kadang dalam prosesnya itu memerangkap serangga. Dalam menghasilkan amber yang bermutu tinggi, proses ini memakan masa yang sangat lama yang kadang-kadang mencapai jutaan tahun.

Antara amber/resin pokok yang banyak dijumpai ialah:

  1. Succinite Amber berasal dari persisiran Lautan Baltik.
    Sample Succinite Amber Lautan BaltikBoleh membantu badan memulihkan system dalam tubuh melalui tenaga & menyejukkan. Kemurungan Aids. Ia boleh menenangkan saraf dan dikatakan dapat membantu dengan kemurungan selepas bersalin. Digunakan dalam rawatan masalah tiroid, buah pinggang dan pundi kencing. Membantu pemulihan tekak dan pundi penyakit.
  2. Burmite Amber berasal dari persisiran Laut Burma
    Sample Burmite Amber berasal dari persisiran Laut BurmaBurma ambar, atau burmite, mempunyai karakter tersendiri yang hangat, warna merah dan sangat berharga untuk dibuat barang kemas.
  3. Simetite Amber berasal dari Kepulauan Sicily,Itali
    Sample Simetite Amber berasal dari Kepulauan Sicily,Itali.
    Saintifik Amber


    Amber fosil resin, dari pokok-pokok pain yang berkembang daripada empat puluh satu ratus dan dua puluh juta tahun yang lalu. Amber sering dijumpai dengan Kemasukan serangga, lumut, anthropods kecil, liken, dan pain jarum. Ia mempunyai pelbagai warna dari coklat, emas, oren, merah, kuning, dengan warna yang jarang hitam, biru, hijau dan ungu. Amber adalah salah satu spesimen beberapa yang boleh dikenakan dengan bekalan elektrik. Apabila pantas digosok dengan kain, Amber akan menarik helai rambut atau kertas.

    Harta tanah Amber telah diketahui oleh orang Yunani pada abad keenam SM, dan di mana perkataan kami bagi elektrik berasal - ketika itu dikenali sebagai elektron. Amber mendapat namanya dari Bahasa Inggeris bonj Tengah, dari Tengah Perancis, dari Ambra Medieval Latin, dari Bahasa Arab Anbar ambar. Amber Sumber Amber Baltic didapati di sepanjang pantai Baltik Sea. Burmese Amber, atau, Burmite, antara dalam warna merah ke perang, dilombong dalam Hukong Valley. Ini keping Amber mempunyai pendafluoran kepada mereka. Sicily Amber, atau, Simetite, didapati di dalam mulut Sungai Simento, Sicily, dan ia biasanya ditemui dalam nada gelap kemerahan. Amber Rumanian, atau, Ruminite, datang dalam naungan walaupun gelap merah.
  4. Rumanite Amber berasal dari Romania
    Sample Rumanite Amber berasal dari RomaniaAmber adalah resin organik yang terbentuk oleh proses pempolimeran yang berlaku di dalam pokok-pokok purba. Warna-warna yang paling biasa ialah emas oren kepada kuning keemasan, tetapi ambar juga boleh menjadi merah, ungu, hijau, biru atau hitam. Ianya dipercayai bahawa warna amber ditentukan oleh yang jenis pokok ia datang dari. Sebagai bentuk set dan ambar ke atas berjuta-juta tahun, ia sering perangkap serangga mati, haiwan kecil, jarum pain atau perkara lain dari sisa-sisa pokok purba. Kejadian ini banyak menambah keindahan dan nilai ambar. Lebih-lebih lagi ahli-ahli sains telah dapat mengkaji dan menimba ilmu alam sekitar awal bumi dari amber fosil. Amber adalah lut cahaya dan sering mengandungi gelembung udara dan retak yang menghasilkan penampilan yang keruh.